live frugally on surprise

Friday, July 30, 2010

freshly ground



tapi 4 august belum puasa lagi..salmon itu, macam sedap dan menarik untuk dicuba

Thursday, July 22, 2010

fash sash

terasa nak grooming, stylo,vogue ape sume bolah buat kat sini.
yang ni ala2 cameron diaz.


D&G 10 La Roue de la Fortune, 100ml
35 GBP - johnlewis.com




note : blazer topshop tu. i want exactly that.

Monday, July 19, 2010

2 words

i learned today:

- the thing at the end of a shoelace is call aglet


- penyepit roti is tong


tong?! sexy. hehe

Friday, July 16, 2010

semua orang harus ada

disebabkan malam tadi tepat pukul 12tengah malam harga minyak sudah naik 5sen seliter, dekat mana-mana pun orang bercerita tentang perkara tu. kutuk, maki, hamun, sumpah, sihir lah macam mana pun, aku tak mau taulah. aku tak ada kudrat nak memperbetulkan keadaan dek kerana demam pulau yang menimpa.

tapi kalau sampai doktor yang aku jumpa pun nak merungut pasal harga minyak naik,

oi. oi. oi. perasaannya macam masuk parlimen. adakah aku mengadap seorang doktor bertauliah atau seorang speaker dewan rakyat?

dont u get it when i'm making such face?

hey doc, try blogging. buy yourself another world. write anything say anything

note : when things happen, and you're going somewhere when nobodys around, arm yourself.

Thursday, July 8, 2010

degup bersama

jefri percaya dirinya puitis. pada jefri, puitis itu yang akan menangkan dia bidadari yang diimpi-impi selama ni, budak perempuan yang selalu datang kuliah pakai kasut merah itu.

jadi jefri pada satu hari yang dirasakan puitis, menulis serangkap rasa atas kertas putih. ditulis cantik2, dilipat kemas2.

"bidadari, aku mau letak hatiku dekat hatimu, supaya dapat degup bersama."

pada jefri, ini memang ayat altimet untuk mencuri hati budak perempuan tersebut. jefri, selain percaya dirinya puitis, turut percaya dirinya lelaki sejati. dihampiri budak perempuan itu yang berdiri di tepi tangga.
"siapa nama?" jefri bilang.
"shiqin."
"ni untuk awak." jefri hulur kertas puisi yang tulis pagi tadi. senyum. dan seperti dalam filem2 picisan, terus naik tangga.
*
sabtu. jefri bangun tidur terus turun pergi dapur.
"jefri, tadi ada budak perempuan datang hantar barang. itu ibu letak tepi telefon."
"budak perempuan? pakai kasut merah?"
"kasut merah? ha'ah memang dia pakai kasut merah tadi."
"yehu!" jefri melompat dalam hati, tapi muka buat2 rilek. jefri capai beg kertas tepi telefon dan kembali ke bilik. hairan. macam mana budak tu tau rumah aku?
dalam beg kertas ada tupperware warna merah. atas tupperware ada nota kecil atas kertas kuning.

"buat degup bersama."

jefri buka tupperware. ada seketul hati warna merah, masih basah, berdarah-darah. dan berdegup. jefri baling tupperware hati ke dinding sekuat2 hati.
*
itu tahun lepas. sebelum jefri masuk wad sakit jiwa. sebab bila ibunya naik ke bilik terdengar jeritan tersebut, tupperware hati sudah tidak ada di mana-mana

Monday, July 5, 2010

yo men!!

Didn't I teach you anything? You got a problem with a woman, you don't go out and get another woman. Now all you got is TWO problems!! - Frank yells at Ray in Everybody Loves Raymond; episode; Raybert (Season 6)

Saturday, July 3, 2010

blocked

ada satu perkara yang aku nak sangat tulis
tapi, manusia bila dia impulsive, mesti kene suppress diri sendiri

kasi balance
kalau tak makan diri