live frugally on surprise

Thursday, August 13, 2009

will do

kamal pemalu. dan kamal boleh juga jadi jali, rudin, hamzah dan siapa-siapa pun. kau jangan ingat benda ini tak akan terjadi ke atas kau.

berbalik pada kamal. yang pemalu. kamal kerja reka video games di satu syarikat video games di kuala lumpur. kamal yang pemalu ini ada seorang girlfriend, sarra, kerja event manager. so kau boleh bayangkan atmosfera karier pekerjaan dua orang ni, memang berbeza. satu tak payah bercakap, satu tak berhenti-henti bercakap. dulu pun sarra yang approach kamal yang hanya berani intai-intai dari jauh. (jangan kutuk kamal. not yet. this could happen to you.)

satu hari, ni dah 5 tahun diorang ni jadi girlfriend-boyfriend, sarra tanya soalan penting.
'awak nak kahwin dengan saya tak?' kau boleh bayangkan reaksi kamal yang pemalu. kamal angguk2, kamal pulak yang muka merah padam.
'angguk je? well, will you or will you not marry me?'
'i do!' kamal jawab spontan. sarra kelip mata.
'excuse me?' sarra cakap. 'i do? i do? awak cakap i do? you're supposed to say 'i will' or 'i will not'!' sarra minum seteguk air. 'saya tak jadi lah kawin dengan awak. grammar awak turn-off.'

sarra bangun, flipped her cell phone open, and called someone on the phone. and walked away.


ok sekarang kau boleh start judge the situation.